Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini

Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Tuesday, May 14, 2013

BIDANGUSAHA TERNAKAN DAN PENGURUSAN AM

Salam hormat,

Pada saat ini elok saya kembali kepada bidangusaha ternakan itu sendiri serta pengurusannya.

Penulisan saya sebelum ini, sering saya merujuk kepada pengembala ternakan sahaja. Siapa lagi yang seharusnya ada di dalam satu-satu projek PINTAR? Pengalaman saya dalam mengerakkan projek ini, supaya berjalan dengan baik dan menguntungkan, elok ada seorang pegawai atau eksekutif dan sesuatu projek atau bidangusaha ini di ketuai oleh seorang CEO.

CEO ialah mereka yang dilantik oleh lembaga pengarah syarikat yang ditubuhkan bagi projek ini. Bermakna dia bertanggungjawab kepada ahli lembaga pengarah syarikat. Dari sudut strukturnya, lebih kurang seperti berikut:-


Perhatikan saya mencadangkan ada dua orang pekerja am atau pengembala. Di dalam satu-satui projek mereka inilah yang penting dan melaksanakan kerja hari ke hari. Jika seorang, bahayanya nanti ternakan tidak diawasi apabila pengembala ini jatuh sakit atau kurang sihat. Kalau CEO atau eksekutif projek tidak sehat, projek masih boleh berjalan seperti biasa.

Sesuatu projek ternakan, aspek kesihatan gerompok menjadi penting. Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan ternakan, tetapi juga aspek kesihatan awam. Bermakna CEO adalah merupakan pegawai yang akan menerima nasehat dan berdampingan dengan struktur kerajaan, bagi negara kita Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam memastikan kedua-dua aspek ini diambil perhatian serta peranan di sepanjang tempoh perjalanan projek.

CEO juga merupakan individu yang mengawasi aliran tunai projek ( project cash flows ) serta menyediakan sebarang laporan atau maklumat yang diperlukan oleh ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan berkenaan projek.

Pegawai Projek pula adalah merupakan penyelia kepada pekerja dan segala aspek hari-ke-hari perjalanan bidangusaha. Beliau juga boleh diamanahkan sebagai pegawai pemasaran hasil bidangusaha.

Perlu juga saya ingatkan pada ketika ini, hasil pengalaman yang lepas bagi sesuatu projek ini ia tidak boleh berjalan bersendirian. Setiap projek akan disediakan satu sistem sokongan (support system) oleh kerajaan. Bermakna bagi pihak kerajaan ialah JPV. Dari satu sudut, aspek perkhidmatan kesihatan gerompok diberikan oleh JPV dari masa ke semasa. Ini untuk memastikan projek senantiasa berada di landasan yang betul dan berproduktiviti tinggi. Bagi sesuatu projek swasta untuk menyediakan sendiri perkhidmatan veterinar, bukan tidak boleh, akan tetapi mahal. Pada peringkat tertinggi kerajaan pula, sesuatu projek ternakan secara integrassi ini adalah merupakan perlksanaan sesuatu dasar peternakn yang telah digubal mereka. Ini juga bermakna pihak kerajaan ingin mengetahui sejauh mana perlaksanaanya dan akhirnya tahap penghasilan dagng ruminan negara. Jadinya, CEO projek perlu senantiasa berdampingan dengan pegawai JPV dalam konteks ini.





Bagi tujuan yang sama, JPV telah meletakkan pegawai-pegawai mereka yang berpengalaman dalam projek PINTAR ini di 21 lokasi projek tumpuan di seluruh semenanjung. Lihat paparan berikut:-




Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment