Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini

Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Monday, May 13, 2013

KEPADATAN TERNAKAN BERUBAH MENGIKUT UMUR KELAPA SAWIT

Salam hormat,

Berikutnya saya akan mengupas hubungkait kepadatan ternakan (stocking density) di dalam satu-satu projek.

Saya mengingatkan semula bahawa kehadiran ternakan lembu di ladang-ladang sawit, salah satu daripada tujuan utama ialah untuk merumpai tumbuhan hijau yang terdapat. Dengan itu penggunaan racun dan tenaga buruh dapat di elakkan. Kita juga mengetahui bahawa banyak atau sedikitnya bahan hijau yang ada pula berkait rapat dengan keteduhan sesuatu kawasan (shading effect). Lihat paparan berikut.




Amnya, kadar kepadatan ternakan akan berubah mengikut umur sawit. Pada peringkat awal umur sawit, di mana kita akan mendapati bahan hijau yang begitu banyak, kita menggalakkan supaya bermula dengan kadar seekor ternakan dewasa untuk 4 hektar luas kawasan. Untuk menghabiskan rumpai yang begitu banyak, pada pusingan awal anda letakkan ternakan di kawasan ini bagi tempoh yang lebih lama, misalnya 4 hari. Di pusingan-pusingan yang akan datang anda sesuaikan dengan tumbuhan yang ada. 

Teramat penting anda membuat pemantauan setiap hari dan memindahkan ternakan ke pitak yang baru, sebaik sahaja rumpai habis diraggut. Gambaran kawasan yang diraggut secukupnya adalah seperti gambar di bawah.





Anda jangan lewat memindahkan lembu ke petak yang baru, biasanya bersebelahan kawasan yang sedang di raggut, jika ini berlaku kemungkinan ternakan memakan daun sawit adalah tinggi. Demikian juga dengan buah sawit yang lerai yang mungkin terdapat di petak berkenaan.



Anda perlu berwaspada apabila umur sawit mencecah 10 tahun. Pada umur ini, kemungkinan anda terpaksa mengurangkan jumlah ternakan kepada 1 ekor lembu dewasa bagi setiap 10 hektar. Rumpaiyang ada tidak lagi mampu menampung jumlah ternakan yang ada walau pun tempoh raggutan dipendekkan.

Dalam keadaan ini, kita tidak di galakkan membawa makanan tambahan daripada mana-mana punca. Ingat, projek PINTAR ini adalah merupakan sistem bersumber rendah (low input system). Masalah kekurangan bahan hijau hanya ditangani dengan mengurangkan jumlah ternakan. Jika tidak di lakukan produktiviti ternakan akan jatuh dan seterusnya ia akan mengganggu aliran tunai projek di sebabkan matlamat projek tidak tercapai.

Sebelum mengurangkan jumlah ternakan anda boleh mempercepatkan pusingan (rotation), misalnya pindah setiap dua hari dari satu-satu petak raggutan.


Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment